Tuesday, November 27, 2012

Areesa vs Arissa

FRAN dikunjungi seorg follower baru iaitu Ibu Arissa. Hu hu, almaklum... FRAN tak ramai pengunjung maka sy akan sentiasa notice kalau ada sahabat baru. As usual, kunjungan perlu dibalas. Sy ini rabun IT, cari dia tak jumpa. Google, maka keluarlah berderet-deret nama Ibu Arissa. Yg mn satu dia pun sy krg pasti, krn gambar profile mcm berbeza. Kalau Ibu Arissa terbaca, mohon tinggalkan link anda yg sebenar.

Saya suka nama Arissa tu. Sbb sebutannya sama dgn Areesa hu hu. Saya guna nama Areesa sejak saya sekolah rendah kot. Rys Areesa adalah nama yg saya dah guna sejak awal2 dulu. Selalu tanya dgn diri sendiri kenapa abah tak letak nama saya Areesa, hu hu mengada. RYS adalah initial letter nama saya, dan Areesa adalah nama yang saya sgt suka. Tak tahu knp...

Demi Arissa, cari punya cari, I ended up di blog ini. Terkejut dgn diari blog itu. Ia blog kedua slps Mawar Nafastari yg menitiskan airmata sy. Blog yg beri sy semangat n kesedaran bhw bagaimanapun sy rs hdp sy ini pedih dan setiasa diuji, masih ada lagi insan yg sy tak kenal melalui kehidupan yg menggetirkan bukan shj fizikal ttp jg hati n perasaan mereka di atas muka bumi ini.

Sy takut jk sy perlu lalui hidup tanpa suami seperti Mawar Nafastari... saya kata pada Papa Nasir dia tidak boleh mati dulu. Kalau dia mati juga sblm saya nanti dia jadi hantu! Ampuni saya Tuhan...

Sy tkt kalau sy lalui hidup ini tanpa dua putera sy. Sy pernah lalui kehidupan yg sgt perit utk bbrp tempoh hya krn bermimpi sesuatu yg tak mampu saya tafsir ttg Didik. Setiap waktu sy belek dia, sy jg anak2 mcm menjaga 'telur di hujung tanduk'. Trauma. Fobia. Semua perkara buat saya takut dan risau.

Sewaktu Babang lahir dulu, dia kn ddk bwh lampu biru tu sbb kn jaundice (kuning). Waktu itu sy rs airmata sy tumpah mcm air gunung. Tak berhenti-henti. Tak sanggup tgk Babang tidur tanpa pakaian bwh lampu biru tu. Kulitnya jd kering. Panas... hgga sy tak rela dia duduk di situ sendirian. Sy sanggup riba Babang dn sama-sama disinari cahaya lampu biru.

Waktu itu sy rs biarlah sy jg merasai kesakitan spt yg anak sy rs. Sekali-kali sy tak akan biar Babang sendirian. Sy tetap riba dia walaupun nurse dah bising-bising. Mereka bising, saya letak sekejap Babang. Bila mrk beredar, sy ambil sml Babang. Itulah kerja saya. Akhirnya sy sanggup gaduh dgn doktor, tetap nak bawa Babang pulang. Biarlah jaundicenya saya rawat di rumah dengan kaedah tradisional.

Mungkin krn itu bila membaca cerita Ibu Arissa tentang Arissa Adni ni, yang ceritanya lebih manis, airmata saya tumpah. Kalau saya yg membaca, tak mampu menahan hati... bagaimana pula dgn hati yg menanggungnya sendiri kan...

Sepedih-pedih hidup ini, saya masih belum diuji begitu. Semoga juga Allah kasihani saya...

Sehingga kini, sy sudah berkenalan scr langsung dan tidak langsung dgn insan-insan bergelar ibu, kehilangan permata hati. Sy sgt tahu bukan mudah untuk melupakan. Ia pedih dan perit. Tiada apa yg mampu diberi, diguna atau dibantu untuk mengurangkan rasa itu. Hanya dgn kekuatan hati bergantung kepada janji-Nya, meyakini bhw permata hati itu sdg menghampar tempat duduk istimewa utk ibubapanya, menanti dgn senyuman di syurga bila tiba saatnya...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS